Selasa, 20 November 2012

BMM 3101 : Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah


KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Kemahiran Bahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terbahagi kepada tiga. Kemahiran ini antaranya ialah kemahiran lisan. Kemahiran lisan merangkumi kemahiran mendengar dan  kemahiran bertutur. Kemudian kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.

HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Hasil Pembelajaran ialah penyataan yang ditafsirkan berdasarkan kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan garis panduan ataupun tahap yang perlu dikuasai murid-murid dalam setiap kemahiran. Berdasarkan Hasil Pembelajaran, guru boleh memilih kandungan, kaedah, hasil, sumber ataupun prosedur pengajaran yang releven dan berkesan.
Sekiranya setiap kemahiran-kemahiran berbahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum digabungjalinkan, Hasil Pembelajaran akan dapat dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil Pembelajaran juga boleh membantu guru-guru membuat pengukuran terhadap pencapaian murid.



KEMAHIRAN LISAN
            Kemahiran lisan terbahagi kepada dua antaranya ialah kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar boleh ditafsirkan sebagai keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti dan dapat memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi tindak balas. Manakala kemahiran bertutur pula ialah keupayaan murid untuk berbual untuk menjalinkan hubungan dan menambahkan kenalan, menyampaikan dan menerima perkera-perkara penting seperti maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan beradab. Lebih menekankan kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai dalam pengucapan.
            Kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jedaserta helaan yang betul.Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
            Kemahiran mendengar adalah satu cara penting dalam mempelajari sesuatu bahasa.Kemahiran melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan. Tanpa mempunyai kemahiran mendengar yang baik akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidakakan dapat untuk menguasai kemahiran berbahasa yang lain dengan baik lagi. Untukitu guru perlulah menyediakan beberapa aktiviti yang dapat memperkukuhkankemahiran mendengar kanak-kanak.

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Lisan :
Semasa menjalankan Kemahiran Lisan, aspek penting yang perlu diambil kira termasuklah aspek sosiobudaya dan tatasusila. Perkara ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hubungan. 
1.0         Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal

1.1   Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang betul dan sesuai.
1.2   Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
1.3   Memahami dan memberikan arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara
1.4   Menyatakan permintaan secara berterus terang dan yakin dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
1.5   Memberikan penjelasan terhadap perkara yang tersurat dan tersirat.
1.6   Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urursan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0           Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau difahami
1.1  Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
1.2  Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

3.0         Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan
3.1   Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
3.2   Menghuraikan maklumat dengan alas an yang meyakinkan.
3.3   Menyampaikan maklumat ke[ada pihak lain dengan terancang.

4.0         Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila

4.1   Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu pekara secara tepat, terperinci dan tersusun.
4.2   Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.
4.3   Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara bersopan dalam aktiviti yang terancang.
4.4   Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.
KEMAHIRAN MEMBACA
            Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid untuk membaca petikan, perkataan, frasa dan ayat dengan lancar serta menggunakan sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Kemahiran membaca lebih menekankan aspek pemahaman dan penaakulan (penghayatan) daripada pelbagai bahan bacaan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
            Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna serta sedutan makna. Membaca merupakan proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap tahap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:


(a) Kaedah Abjad (Tahap prabacaan)
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kanak-kanak dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad.

(b) Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis)
Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada
nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi huruf-huruf lain untuk membentuk
suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi disebut sebagai ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya. Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.

(c) Kaedah Seluruh Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman)
Kaedah ini juga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan
berhampiran dengan perkataan tersebut kanak-kanak boleh menyebut perkataan
untuk mewakili maksud yang terdapat di atas gambar tersebut.
Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Membaca :
Dalam kemahiran membaca, penekanan lebih diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Antara hasil pembelajaran yang utama dalam kemahiran membaca ialah murid dapat membaca dengan kuat, memahami maklumat yang dibaca, dapat menaakul dan menghayati teks.

5.0   Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya bacaan yang betul

5.1   Membaca dengan kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami pekara yang dibaca.
5.2    Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.

6.0   Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.1   Merujuk pelbagai sumber untuki mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
6.2   Mengenalpasti pelbagai genre penulisan.
6.3   Membaca dan mengenalpasti isi utama dan isi sampingan yang terdapat di dalam teks.
6.4   Membaca pantas dan luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
6.5   Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
6.6   Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

7.0   Membaca, manaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1   Membaca dan menerangkan maksud kandungan yang tersurat dan tersirat.
7.2   Membaca dan mengenalpasti pekataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa daripada bahan sastera mahupun bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.

7.3   Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang bekualiti untuk meningkatkan dan mempekukuh minat membaca.


KEMAHIRAN MENULIS
            Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid untuk menulis perkataan dan ayat serta mampu mengeluarkan idea daripada pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan mahupun berdasarkan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul, gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Dengan menggunakan kreativiti dan idea murid, galakkan mereka mereka atau menulis penulisan berunsur pengetahuan ataupun berunsur imaginatif.
Menulis boleh didefinisikan sebagai:
·         Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya.

·         Menulis juga adalah satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

·         Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai olehpelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi untuk mata pelajaranmatapelajaran yang lain. Ini adalah disebabkan bahawa bahasa adalah alatuntuk menyalurkan maklumat. Menulis dalam apa bentuk sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran. Faedah menulis kepada pelajar tidak terhad untuk jangka masa pendek, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya.

Kesimpulannya menulis adalah penglahiran perasaan, idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapatdibaca dan difahami maksudnya.

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Menulis :
            Dalam Hasil Pembelajaran Kemahiran Menulis pula termasuklah keupayaan murid untuk menggunakan pelbagai jenis perkataan, ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan tulisan berangkai amat digalakkan.
8.0   Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

8.1   Membina dan menulis pekataan, ayat tunggaldan ayat majmuk
8.2   Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam suatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
8.3   Menulis perkataan dan ayat dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas.
8.4   Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
8.5   Mengenalpasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.
8.6   Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.


9.0   Mencatat dan menyusun maklumat.

9.1   Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.
9.2   Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
9.3   Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.

10.0       Menghasilkan penulisan kreatif dan buka kreatif

10.1      Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
10.2      Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3      Membuat ringkasan daripada bahan yang dibaca atau didengar.

11.0       Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca

11.1      Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
11.2      Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
11.3      Mengulas kaya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan pewatakan, nilai dan pengajaran serta gaya bahasa.
11.4      Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.



CADANGAN AKTIVITI
*    KEMAHIRAN LISAN

Hasil Pembelajaran

1.0       Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan            tidak formal.
1.1       Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan   menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang         sesuai.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
ii.            Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan.
Cadangan Aktiviti
Cadangan aktivitinya adalah murid diminta untuk melakonkan dialog yang ada unsur - unsur penerimaan teguran. Contohnya, “Maafkan saya”. “Terima kasih kerana mengingatkan saya.” “Baiklah, saya akan cuba perbaiki. Terima kasih atas teguran itu tetapi pada pendapat saya ini adalah yang terbaik pada saya. Terima kasih kerana membantu saya.
Langkah pelaksanaan:
·        Langkah untuk melaksanakan aktiviti ini adalah guru akan meminta murid   melakonkan watak sebagai seorang  pelajar yang telah melanggar peraturan sekolah. Kemudian, seorang murid lagi telah menegur perbuatan murid yang telah melakukan kesalahan tadi


.
Hasil Pembelajaran

1.2     Bertanya dan menjawab tentang menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 2
i.              Mengemukakan soalan tertumpu dan bercapah dengan menggunakan kata tanya.

Cadangan Aktiviti
Aktiviti yang dicadangkan adalah melakukan perbualan dangan rakan tentang sesuatu situasi yang mereka hadapi. 

Soalan
Jawapan

1.    Siapakah yang menyelamatkan anak kucing itu ?
2.    Bagaimanakah anak kucing itu boleh jatuh ke dalam longkang?


1.    Kami yang telah menyelamatkan anak kucing itu.
2.    Anak kucing itu cuba mengejar rama-rama lalu terjatuh ke dalam.

Langkah pelaksanaan aktiviti:

·         Guru menceritakan situasi yang berlaku terhadap kucing yang jatuh ke dalam longkang.
·         Setelah murid mendengar cerita tersebut, guru akan menyuruh murid melakonkan kembali berdasarkan petikan yang guru beri kepada murid.

Hasil Pembelajaran

1.3       Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 2
ii.            Menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul.
Cadangan Aktiviti
Aktiviti yang dicadangkan bagi hasil pembelajaran ini adalah murid melakonkan situasi menunjuk arah kepada sekumpulan pelancong tempatan. Contohnya, sekumpulan pelancong tempatan sedang bertanyakan tentang tempat terletaknya masjid negara kepada seorang penduduk tempatan.
Langkah pelaksanaan aktiviti:
·         Langkah untuk menjalankan aktiviti adalah guru memberikan arahan berkenaan dengan menunjuk arah kepada seseorang.
·         Guru akan memberi dialog dan disertakan dengan pelan atau peta kepada murid.
·         Seterusnya meminta mereka melakonkan perbualan tentang cara memberikan arahan kepada sekumpulan pelancong tempatan tentang arah sesuatu tempat yang ingin dituju.
·         Sekumpulan lagi murid melakonkan watak sebagai pelancong yang sedang mendengar dan  memahami arahan atau petunjuk yang diberikan oleh murid itu tadi.

Hasil Pembelajaran

1.4       Menyatakan permintaan secara berterus-terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralinguistk yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 2
i.              Meminta keizainan untuk memenuhi keperluan dengan bersopan.
Cadangan Aktiviti
Cadangan bagi aktiviti ini adalah murid diminta untuk menyatakan sesuatu permintaan beserta alasan. Contohnya, melafazkan dialog, “Cikgu Siti,  izinkan saya menelefon ibu kerana saya berasa kurang sihat”. Dialog ini menunjukkan cara menyatakan sesuatu perkara bersama dengan alasan.
Langkah pelaksanaan:
·         Langkah untuk melaksanakan aktiviti ini guru meminta murid melafazkan dialog atau perbualan yang menyatakan permintaan untuk menelefon ibu kerana berasa kurang sihat.
·         Murid akan menyatakan dialog tersebut beserta dengan alasan mengapa menelefon ibu.
Hasil Pembelajaran

2.0       Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.

2.1  Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan   intonasi yang baik dan jelas.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 3
ii.            Mengisahkan sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul.

Cadangan Aktiviti
            Cadangan untuk melaksanakan aktiviti ini adalah murid menceritakan kembali tentang peristiwa yang terdapat di dalam gambit yang diberi keoada murid. Murid perlu melihat dengan teliti dan menghayati gambar yang diberikan serta menyampaikan cerita dengan penuh gaya dan menarik.

Langkah pelaksanaan aktiviti:
           
·         Murid diminta untuk membentuk kumpulan.
·         Guru memberikan gambar yang menggambarkan suatu peristiwa kepada setiap kumpulan.
·         Guru meminta murid meneliti gambar tersebut dan bercerita berdasarkan gambar tersebut
·          
*      KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan         yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul dan         memahami perkara yag dibaca.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
            ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tuggal dan ayat                        majmuk berbilang subjek.
Cadangan Aktiviti
·         Guru menyuruh pelajar membaca ayat tunggal di papan hitam.
            Aminah sedang memasak di dapur.
            Saya suka makan nasi ayam.
            Ibu sedang menjahit.
·         Guru menyuruh pelajar membaca ayat majmuk di papan hitam.
            Saya dan abang suka memancing.
            Ainol dan Amin sedang menonton filem.
            Aizat sedang makan nasi goring yang dimasak oleh ibunya.
Hasil Pembelajaran
7.0 Membaca, menaakul dan mengahayati kandungan teks yang dibaca.
            7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandumgan teks yang tersurat   dan tersirat.
Huraian Hasil Pembelajaran       
Aras 2
i.              Membaca ayat yang diberikan.
ii.            Menjelaskan maksud yang diberikan.
Cadangan Aktiviti
  • Guru menulis beberapa ayat di papan hitam.
            Sila beratur ketika di kantin.
            Basuh tangan sebelum makan.
            Jimatkan air dan elektrik.
            Hormat-menghormati amalan mulia.
  • Selepas itu, guru menyuruh murid membaca ayat tersebut.
  • Guru membincangkan ayat tersebut bersama murid.
  • Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui tahap kefahaman murid.
*      KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
            8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 3
i.              Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat majmuk.
ii.            Menulis ayat majmuk dengan tulisan yang cantik.



Cadangan Aktiviti
·         Guru menerangkan maksud, kegunaan dan contoh kata hubung.

kerana

atau

manakala

tetapi

lalu

sambil

dan
Contoh kata hubung:-

serta
 


·         Guru menulis ayat majmuk di papan hitam dan menyuruh murid mengenal pasti kata hubung yang terkandung dalam petikan.
Contoh ayat:-
1.    Farzana dan Amira gemar bermain congkak pada waktu lapang. (dan)
2.    Kakak suka menyanyi sambil manari. (sambil)
3.    Bapa kamu bekerja sebagai anggota polis atau askar? (atau)
4.    Amylea menangis kerana duitnya hilang. (kerana)
5.    Fatin terjatuh basikal lalu dia menangis. (lalu)
6.    Sulaiman lulus peperiksaan tetapi abangnya gagal. (tetapi)
7.    Kucing Adam bernama Mery manakala kucing Fatimah bernama Rai. (manakala)
8.    Ibu Hani memeluknya serta membelai rambutnya. (serta)
·         Guru menyuruh murid menulis ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi.

atau

dan

sambil
Kata Hubung:-

kerana

tetapi
 


·         Murid membuat ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi dan menulis di dalam buku latihan.          

Hasil Pembelajaran
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.
            9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i.              Mengambil imlak perkataan dan ayat tunggal dengan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan kata dan ayat yang diperdengarkan.
Cadangan Aktiviti
·         Guru membaca dialog ringkas dengan intonansi yang gramatis dan menyuruh murid menulis dialog tersebut dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.
Contoh petikan:-
Ali       : Inilah tempat tinggal saya.
Mat      : Wah, besar dan cantiknya rumak awak! Apakah pekerjaan bapa awak
  dan bagaimana pula dengan ibu awak?
Ali       : Bapa saya bekerja sebagai doktor manakala ibu saya suri rumah.
Mat      : Adakah awak mempunyai abang, kakak dan adik?
Ali       : Saya ada seorang abang dan seorang adik perempuan tetapi tidak ada
              kakak.
Mat      : Seronoknya awak hidup senang.
Ali       : Kami sekeluarga bersyukur denngan kurniaan Illahi.
Mat      : Syukur, alhamduliallah.


RUJUKAN

Zulkifli bin Yaakob (2007). Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 3: Komunikasi Bahasa, Selangor : L. C. Marketing.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan