Selasa, 20 November 2012

Perkembangan dan Penguasaan Bahasa


Tajuk 4 : Alat - alat  artikulasi


·         Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut

1.    Lidah
·         Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.
·         Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.
·         Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

2.    Gigi
  • Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilanbunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi.
3.    Bibir Atas dan Bibir Bawah
  • Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,udara disekat di bibir.

4.    Gusi
  • Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
5.    Lelangit
  • Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulutakan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.
6.    Tulang Rahang
  • Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.
7.    Anak Tekak
  • Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.
8.    Rongga Hidung
  • Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
9.    Pita Suara
·         Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas.
·         Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glottis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara.
·         Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita,bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara,misalnya [s].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan