Selasa, 20 November 2012

Perkembangan dan Penguasaan Bahasa


Tajuk 5 : Masalah dalam Penguasaan Bahasa


            Mengingat Kembali Perkataan
Ø  Sesetengah murid akan mengalami masalah dalam mencari semula perkataan. Mereka lemah dalam mengimbas kembali pengajaran yang telah diajar di dalam kelas.
Ø  Selain itu, murid juga tidak dapat menjawab soalan secara spontan. Setiap kali guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara berkali-kali agar murid dapat menjawab dan mengikut arahan guru.
Ø  Fakta-fakta yang telah murid dengar juga sukar untuk mereka ingat selepas pengajaran. Hal ini demikian murid tidak dapat menyerap dan memahami fakta-fakta tersebut di dalam minda.
Ø  Murid juga mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga serta menyenaraikan waktu dan tarikh.
Ø  Apabila ditanya soalan, murid akan menjadi kaku dan bisu.
Ø  Bahasa-bahasa yang diajar mudah dilupai oleh murid.

Memahami Perkataan Pelbagai Makna
Ø  Biasanya murid yang menghadapi masalah memahami perkataan pelbagai makna mempunyai kognitif yang rendah.
Ø  Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam kemahiran bahasa.
Ø  Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan tidak boleh menggunakan perkataan tersebut dengan betul.
Menyatakan Sesuatu yang Abstrak
Ø  Murid mengalami kesukaran membezakan sesuatu yang abstrak seperti perasaan.
Ø  Keliru dan sukar membezakan perkara yang abstrak disebabkan oleh pemprosesan maklumat di dalam otak mereka.

Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap
Ø  Kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan dan mencari perkataan yang tepat semasa bertutur.
Ø  Murid suka memperbanyakkan  penggunaan perkataan seperti “apa tu……”, “err……”.
Ø  Ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap.
Ø  Mereka sering menterbalikan ayat, Cth: bapa topi. (topi bapa) serta menambah dan mengurang sesuatu perkataan dalam ayat.

Memberi Penjelasan
Ø  Murid-murid sukar menjelaskan sesuatu dengan menggunakan bahasa. Merreka tidak dapat menggunakan bahasa (perkataan / frasa) yang betul untuk menjelaskan suatu konsep atau fakta.
Ø  Murid-murid suka menjawab @ menjelaskan jawapan yang tidak setampil dengan soalan yang ditanya dan ketidakbolehan mereka dalam mengeluarkan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut.

Mempelbagaikan gaya berkomunikasi
Ø  Semasa berkomunikasi, bukan bahasa sahaja aspek yang penting, gaya berkomunikasi juga amat penting.
Ø  Pendengar yang berbeza status, perlu menggunakan gaya yang berbeza supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Ø  Dalam aspek gaya berkomunikasi, ia juga merangkumi aspek pengunaan bahasa.
Ø  Semasa berkomunikasi, perlu menunjukkan gaya yang berpatutan dan menggunakan bahasa yang tepat.
Ø  Contohnya pada majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya yang formal dan menggunakan bahasa yang lebih formal dan bersesuaian.

Menghasilkan mesej yang kompleks
Ø  Murid yang bermasalah dalam bahasa, tidak akan dapat menghasilkan mesej yang kompleks.
Ø  Mereka hanya dapat menyatakan suatu mesej yang ringkas.
Ø  Contohnya saya mahu makan.
Ø  Mereka tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks seperti melibatkan emosi, suatu yang abstrak, perasaan, suatu yang adjektif dan sebagainya.
Ø  Di dalam suatu ayat mesej sukar merangkumi dua atau lebih makna.

Memaklumkan sesuatu maklumat
Ø  Tanpa menggunakan bahasa, ia adalah mustahil untuk menyampaikan suatu maklumat yang lengkap.
Ø  Bahasa adalah penting dalam menyampaikan suatu maklumat.
Ø  Contohnya, jika seorang penyampai ingin menyampaikan suatu suatu maklumat, penyampai perlu menggunakan bahasa yang betul supaya pendengar dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan