Tajuk 3 : Faktor-faktor
yang mempengaruhi Pemerolehan bahasa.
Kematangan
·
Faktor kematangan mempengaruhi
perkembangan bahasa kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap
perkembangan yang berlainan. Kematangan otak kanak-kanak yang berkembang dengan
cepat dapat menguasai kemahiran bahasa. Mereka mempunyai kemahiran mendengar
dan kemahiran pemprosesan maklumat yang baik, jadi mereka dapat mempelajari
bahasa dan memahaminya dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya, perkembangan otak
kanak-kanak yang kurang matang atau tidak matang, kemungkinan besar tidak dapat
menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari dengan lebih lambat jika berbanding
dengan kanak-kanak biasa.
·
Selain itu, perkembangan
yang berlaku pada satu tahap juga akan mempengaruhi tahap seterusnya. Oleh itu,
ibu bapa perlu mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dan sedar bahawa untuk
menyediakan persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan
dan kesediaan anak mereka. Hal ini disebabkan jika perkembagan kanak-kanak
diurus dengan baik, kematangan otak mereka dapat berkembang dengan normal dan
tidak mempengaruhi mereka untuk menguasai kemahiran bahasa.
Persekitaran
·
Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah yang mempengaruhi
pemerolehan bahasa.
·
Keluarga merupakan lingkungan pertama dan
utama yang memberikan landasan dasar bagi proses belajar pada lingkungan
sekolah dan masyarakat. Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadap
perkembangan belajar anak berupa fisik dan sosial psikologis. Lingkungan fisik
dalam keluarga adalah keadaan rumah, tempat belajar, sarana prasarana di rumah
dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah. Sedang kondisi dan suasana sosial
psikologis dalam keluarga menyangkut keutuhan keluarga, iklim psikolois dan
iklim belajar serta hubungan
antara keluagra.
·
Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab
untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering
mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu
kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik.
·
Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting
bagi perkembangan
belajar kanak-kanak. Hal ini disebabkan, kanak-kanak mendapatkan pengetahuan
lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga.
Lingkungan sekolah ini berupa lingkungan fisik sekolah dan lingkungan sosial.
Lingkungan fisik meliputi linkungan sekolah, sarana prasarana, sumber belajar,
dan media belajar. Keadaan belajar di sekolah akan mempengaruhi pemerolehan
bahasa kanak-kanak. Untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak
sekolah mestilah menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa
dan baik.
Kognitif
·
Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif
kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan
pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa
dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang amat sukar.
·
Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan
bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan
malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat
awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh
diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara
mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang
tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini membuktikan bahawa apabila
seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di
persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di
sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan
bahasa dan bacaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan